Hari ini merupakan hari pertama pameran dijalankan. Hasil kerja kami akan dinilai dan pembentangan akan dijalankan oleh ahli kumpulan kami. Saudari Cheh Hui Yi dan Saudara Saw Yong Chia pada ketika ini sedang bersedia untuk membuat pembentangan mereka di Dewan Pulai manakala Saudari Phua Aai Lin dan Saudara Lee Kooi Peng menjaga di booth pameran. Semuanya telah bersedia dan hanya menunggu kedatangan juri sahaja. Sebaik sahaja juri tiba, kami membentangkan hasil kerja kami. Banyak soalan yang dikemukan tetapi kami menjawabnya sebaik yang mungkin. Kami cuba menyampaikan isi hati kami berkenaan dengan gambar-gambar fotografi kepada semua. Kami cuba menjelaskan makna di sebalik setiap bunga. Kami berasa sangat lega setelah semuanya telah selesai. Kami juga berasa amat berpuas hati dengan hasil pembentangan di booth pameran kami.
Ramai yang datang ke booth kami termasuk pensyarah dan guru pelatih yang lain. Ada juga pensyarah yang membagi cadangan pembaikan untuk kami. Kami berasa sangat gembira kerana semua usaha kami tidak sia-sia sahaja dan mendapat pengiktirafan daripada orang ramai.
Kumpulan PBL kami terdiri daripada 4 orang ahli iaitu Cheh Hui Yi, Lee Kooi Peng, Phua Aai Lin dan Saw Yong Chia. Keempat-empat kami adalah dari kumpulan PISMP Matematik Semester 4 Ambilan Januari 2010. Terlebih dahulu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan sepenuh perasaan berterima kasih kami kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Jauriah yang telah banyak membimbing kami dan mendidik kami dalam proses melaksanakan PBL ini. Kami juga ingin berterima kasih kepada Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Perlis kerana memberi peluang kepada kami untuk belajar dan membuat pameran hasil kerja kami.
Kami bekerjasama dan selalu berbincang dari proses perancangan sehinggalah proses pembentangan dan pameran. Sekiranya terdapat percanggahan idea atau pendapat, kami akan duduk berbincang dan bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya. Proses melaksanakan tugasan PBL ini telah banyak mendedahkan kami dengan teknik menggambil gambar dengan cara yang betul. Kami menggunakan Kamera DSLR yang dipinjam dari Jabatan Teknologi Pendidikan untuk menggambil gambar-gambar flora yang cantik. Kami sedar bahawa masa adalah penting dalam proses ini di mana bunga akan gugur dengan cepat.
Selepas itu, pemilihan gambar dilaksanakan. Kami memilih 4 gambar yang paling cantik untuk dijadikan gambar utama pameran kami. Selain itu, kami juga membuat album, brosur dan blog. Kemahiran-kemahiran ini dipelajari dan diterokai sendiri. Kami percaya cara ini membuahkan hasil yang amat memuaskan hati kami kerana banyak usaha yang telah diletakkan ke atasnya.
Kerja-kerja yang seterusnya diselesaikan dalam masa yang ditetapkan. Kami berharap pengalaman yang kami perolehi semasa pelaksanaan PBL ini dapat dijadikan satu pengalaman yang amat bermakna dalam karier kami sebagai seorang bakal pendidik. Hanya dengan merasainya sendiri, barulah kita akan mengerti erti di sebaliknya.
Hibiscus Rosa-Sinensis
Keberanian, ketabahan dan kegagahan.
ISO Speed - 200, Focal Length - 112mm
Kesucian, keikhlasan dan kesungguhan.
ISO Speed -200, Focal Length - 70mm
Kebangsawanan, kemewahan dan kerohanian.
ISO Speed - 200, Focal Length - 135mm
Sihat, bahagia, feminin dan rasa kasihan.
ISO Speed - 200, Focal Length - 135mm


